Sesekali terfikir, entah apalah hikmahnya Allah rahsiakan detik
tersebut dari anda? Mengapa tidak diberitahu sahaja lebih awal, bila
saat tibanya lamaran dan siapakah insan istimewa yang bakal
menghadiahkan lamaran tersebut? Tidaklah anda bersedih hati dan hidup
dalam kegundahan menunggu jodoh tak kunjung datang.
Tetapi kita segera sedar, bahawa yang dirahsiakan itu bukan sahaja tentang jodoh, tetapi juga ajal.
Ia perkara pasti dan comfirm.
Allah Ta’ala berfirman :
Maksudnya : Katakanlah ; aku tidak mampu mendatangkan kepada diriku
kemudaratan atau kemanfaatan melainkan apa yang dikehendaki oleh Allah.
Tiap-tiap ummat mempunyai ajal, apabila tiba saat ajal mereka, sesekali
tidak akan dapat mereka lambatkan walau sesaat, mahupun
mempercepatkannya. [ Yunus : 49 ]