Monday, November 28, 2011

First time aku jadi pengapit orang kahwin,

Hai korang :) Lama dah kan aku tak coretkan sesuatu dekat blog ni, ha'ah kali ni aku nak cerita pasal aku kena jadi pengapit sepupu aku. Pehhh, gilaaa lah. Hahaha, dah lah aku tak pernah jadi pengapit sebelum ni then tiba tiba malam esok nak kenduri tu dia ckp dekat aku. "Ipan hang kadi pengapit aku esok" hati dah tak tenteram dah time tuu, mcm mcm fikir, fikir malu lah, kira mcm mcm lah. Dia dah ckp mcm tu, kena jugak lah jadi kan ? Okay, kitorg start berarak dalam pukul 1 lebih jugak lah haritu, ada masalah teknikal sikit. Aku pun start lah berjalan tepi sepupu aku sambil diiringi dgn bunyi kompang. "Kepak kepak kepak, kebum kebum kebum". *sorry kalau tak sama bunyi tu, hihihi. Then jalan punya jalan, sambil perasaan malu yang tak tau nak ckp, sampai lah dekat rumah kawin tu. Then sepupu aku pu duduk di meja yang sediakan, aku pun apa lagi. Terus cari makananlah, bapak ah lapar time tuu. Hehe, bedal je sepuas hati, penuh pinggan kot aku letak nasi. Hmm, nasib baik jugaklah, takda persandingan just duduk makan terus, kalau ada persandingan mmg lambat ah aku makan. Mana taknya, kena kipas pengantin, tapi kira nasib baik lah kan? Heeee :) Bawah ni adalah sikit gambar time aku jadi pengapit yang aku sempat uploads.

#Time ni baru start berarak, mcm mana? Okay tak gambar tu, Hihi


#Time ni dah sampai dekat rumah pengantin, photographer tgh captured gambar time ni, untung jugak lah keen dpt bergambar sekali pengantin :)

Kay setakat ni je lah kot untuk kali ni, jumpa kalian semua di lain lembaran, Cewahhhhhhh, *kalau bole buat ayat tu kan ? Hahaha. 
Kay lah, bye and assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment